Tempat Menarik Di Kelantan : 5 Destinasi Tumpuan

Table of Contents

Negeri yang diberi gelaran darul iman merupakan salah satu destinasi percutian yang tidak asing lagi bagi warga tempatan dan juga luar negeri serta luar negara yang mempunyai banyak tempat menarik di Kelantan yang boleh dijadikan detinasi melancong. Negeri ini sinonim dengan dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang yang mempunyai banyak tempat tumpuan menarik yang boleh dikunjungi termasuk pusat membeli belah, tempat ikonik, alam semula jadi, kraftangan, makanan dan banyak lagi.

Kota Bharu merupakan sebuah pusat bandar utama bagi Negeri Kelantan dan telah diisytiharkan sebagai bandar raya Islam pada 1 Oktober 2005. Dengan ini, Bandar Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran bagi negeri  serta turut menjadi tempat  tumpuan para pelancong disamping budaya masyarakat yang sangat unik dan mempunyai loghat mereka yang tersendiri.

Jika anda berkunjung ke Negeri Kelantan, boleh lah anda merasai pengalaman yang menarik di negeri ini. Berikut adalah beberapa tempat menarik di Kelantan yang anda boleh kunjungi.

1. Al Khatiri Point

Al Khatiri Point merupakan satu pusat perniagaan yang menjadi tarikan di kawasan Kubang Kerian, Kelantan. Ini kerana terdapat banyak fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan. Pelancong tidak lagi susah untuk mencari penginapan, restoran dan tempat makan menarik, cafe yang mewah dan sebagainya. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Al Khatiri Hotel, Al Khatiri Restaurant, Al Khatiri Kofee dan lain-lain. 

Al-Khatiri Point menjadi tumpuan kerana perkhimatannya yang selasa dan kondusif bagi pelancong biasa dan pelanggan korporat. Di Al-Khatiri Point, anda boleh mengadakan majlis rasmi, majlis perkahwinan dan banyak lagi. Disini juga terdapat ruang yang eksklusif dan kondusif yang sesuai untuk mesyuarat dan perbincangan rasmi bagi para pelanggan premium dan korporat.

2. Pasar Siti Khadijah

tempat menarik kelantan pasar siti khatijah

Pasar Siti Khadijah adalah salah satu tarikan pelancongan yang begtu popular di Kelantan. Tempat ini sentiasa penuh dengan pengunjung yang ingin mencari barang keperluan, barangan tradisional, barang dapur, aksesori, pakaian, kraf dan banyak lagi. 

Terdapat banyak pilihan bagi barangan di Pasar Siti Khadijah. Anda juga boleh membuat pilihan barang dengan harga yang murah dengan membandingkan harga dan kualiti barangan tersebut. Ini kerana terdapat puluhan buah kedai yang menjual barangan yang sama. Masyarakat di Kelantan ini sangat dikenali dengan budi bahasa dan mesra dengan pelanggan. Jadi anda boleh mencuba nasib untuk membuat tawar menawar dengan para peniaga disitu. 

Kedudukan Pasar Siti Khadijah terletak betul-betul dalam kawasan bandar Kota Bharu dan sering dipenuhi dengan pengunjung. Oleh itu kawasan tempat letak kenderaan agak terhad. Jadi anda boleh meletak kenderaan di sekitar tempat itu dan berjalan kaki untuk ke pasar tersebut.

3. Pantai Nami Bachok (Pantai Senok)

tempat menarik kota bharu pantai senok

Pantai Nami Bachok (Pantai Senok) ialah antara tempat menarik di kelantan yang wajib dikunjungi oleh anda apabila melancong ke Kota Bharu,Kelantan. Pemandangannya yang tak ubah seperti Pulau Nami di Korea Selatan membuatkan anda seperti berada di negara 4 musim itu. Ini kerana kira-kira 4,344 pokok pain atau casuarina equisetifolia dan kayu putih yang ditanam di sepanjang pantai menjadikan pemandangannya hampir sama dengan Pulau Nami. 

Bagi anda yang berkeluarga, anda boleh meluangkan masa anda bersama keluarga di pantai ini dengan berkelah sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang sangat indah. Jangan risau, tempat ini mempunyai banyak kemudahan awam seperti tandas, restoran, surau, tempat pejalan kaki dan banyak lagi.

Pantai Nami juga bersih dan sangat sesuai untuk dijadikan lokasi penggambaran perkahwinan, produk dan bermacam lagi. Disini anda boleh memilih banyak sudut yang cantik untuk penggambaran untuk anda siarkan di laman sosial anda. Anda juga boleh merasai makanan jalanan atau ‘street food’  yang banyak dijual di pantai ini seperti lokcing, maggi thai, aiskrim baba dan banyak lagi.

4. Taman Air Splash

Tempat-Menarik-Kelantan-Taman-Air-Splash

Taman Air Splash atau Taman Air Petra ini merupakan salah satu tempat popular di Negeri Kelantan yang dikunjungi. Tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga anda. Kedudukan tempat ini agak tersorok sehingga mendapat gelaran ‘hidden germ’ oleh orang ramai. Masih ramai yang tidak tahu berkenaan tempat ini. 

Ini bermakna jika anda bernasib baik, anda boleh menemui tempat ini untuk beriadah bersama keluarga anda. Terdapat banyak fasiliti yang disediakan untuk para pengunjung iaitu medan selera, gerai, dan banyak lagi. Disini ada 3 jenis tahap kedalaman kolam yang mana sesuai mengikut kategori kanak-kanak hingga dewasa.

Paling penting adalah pihak Taman Air Splash sangat mementingkan soal kebersihan, keselamatan dan keselesaan para pengunjung. Namun kita sebagai pengunjung juga haruslah mementingkan aspek tersebut untuk diri kita sendiri. Jika ingin dapatkan informasi yang lebih berkenaan Taman Air Splash boleh Klik Sini untuk mengetahui maklumat waktu operasi dan sebagainya.

 

5. Pasar Terapung Pengkalan Datu

Jika anda ingin merasai pengalaman seperti berada disekitar Thailand jangan lepaskan peluang untuk berkunjung  ke Pasar Terapung Pengkalan Datu di Kota Bharu. Disini anda boleh merasai pengalaman membeli belah yang unik dan tradisional dimana anda akan menaiki sampan dan membeli belah di pasar terapung seperti di Thailand. Anda juga boleh boleh menaiki pelantar penjual untuk memudahkan anda melihat dan memilih barangan yang diingini.

Pasar terapung ini hanya dibuka hari sabtu sahaja, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk membeli barangan tempatan Negeri Kelantan dan barangan import daripada negara Thailand disini. Anda juga boleh mendapatkan mendapatkan tangkapan hidupan laut segar di pasar ini daripada nelayan setempat.

Nasi kerabu adalah menu yang anda wajib cuba jika berada di Negeri Kelantan dan menu tersebut antara makanan yang banyak dijual dipasar ini. Selain itu, banyak juga menu yang menarik yang terdapat di pasar ini iaitu jala mas, kuih tahi itik, nasi tumpang, kuih asam gumpal dan banyak lagi.

Anda juga akan disajikan dengan beberapa persembahan sepanjang anda membeli belah. Ini adalah salah satu aktiviti yang menarik yang disajikan kepada para pengunjung di pasar terapung ini.

 

Jadikan Tempat Menarik Di Kelantan Antara Pilihan Destinasi Percutian Anda Sekeluarga

Pastikan jika anda ingin merancang untuk bercuti, masukkan negeri Kelantan diantara tempat pilihan destinasi anda, Terdapat banyak tempat menarik di Kelantan yang boleh diterokai dan dilawati ketika ingin mencari ketenangan setelah penat berkerja. Untuk merasai dan memahami sendiri keunikkan budaya masyarakat Kelantan yang berbilang kaum di bawah satu bumbung yang harmoni dan sejahtera. Jom ke Kelantan .

 

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments