Al Khatiri Point Di Kubang Kerian

Kenali Al Khatiri Group di Kubang Kerian

Table of Contents

Kubang Kerian ataupun boleh juga dikenali sebagai Bandar Diraja Al-Muhammadi. Menjadi salah satu Bandar baru yang menjadi tarikan kepada pengunjung yang melancong di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Di Mana kini sedang pesat dan terus membangun sekali gus membawa kepada kewujudan Al Khatiri Point. Yang bertapak sepenuhnya di Kubang Kerian, Kota Bharu.

Di antara sejarah penubuhan Kubang Kerian, yang dulu lebih dikenali dengan Daerah Lundang oleh penduduk setempat. Telah ditubuhkan pada tahun 1801 oleh Al marhum DYMM Sultan Muhammad I sebagai pemberian kepada dua pupundanya. Iaitu Al marhum Tuan Lebar Bin Tuan Khomis selaku salah seorang pembesar tertinggi Kelantan. Diberi gelaran Dato’ Panglima Perang Lundang. Di mana kini telah dipinda batas sempadan pentadbiran dan telah diubah namanya menjadi daerah Kubang Kerian oleh pihak kerajaan. Bagi mewujudkan bandar yang baharu yang bernama Bandar Kubang Kerian.

Bertapak di Bandar Diraja Al-Muhammadi, Kubang Kerian. Al Khatiri Point terus meneruskan legasi mereka dalam pelbagai bidang perniagaan seperti Perhotelan, Makanan dan Minuman serta Kesihatan dan Kecantikan , Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang terdapat di Al Khatiri Point teruskan pembacaan berikut :

1. Al Khatiri Hotel Kubang Kerian

Kenali-Al-Khatiri-Group-di-Kubang-Kerian

Hotel Al Khatiri terletak di Pusat Bandar Kubang Kerian (AL Khatiri Point) berdekatan dengan persekitaran perniagaan dan riadah yang menawarkan tetamu peluang untuk hidup seperti orang tempatan. Dengan rekaan yang berkonsepkan bangunan Islamik. Hotel ini mempunyai 42 bilik tamu dan suite. Mengintegrasikan warisan dan budaya Kelantan dengan perkhidmatan yang terbaik, Reka bentuk yang telah diperhalusi serta diolah untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung .

Terletak secara strategik berdekatan Hospital Universiti Sains Malaysia yang mengambil kurang 5km dari tempat penginapan. Terdapat beberapa kemudahan lain yang ditawarkan seperti kedai makan di sekitar hotel seperti Restoran AL Khatiri , AL Khatiri Kofee dan kemudahan yang lain seperti Bank dan klinik. Sebarang tempahan boleh dibuat melalui website kami ataupun melalui agoda dan booking.com

 

2. Al Khatiri Kofee

Al Khatiri Kofee ialah sebuah kedai yang menawarkan pelbagai pilihan minuman dan makanan, Restoran yang berkonsepkan mewah dan santai akan lebih menarik perhatian mana-mana pelanggan yang mengunjungi untuk mendapatkan keenakan kopi yang diimport dari arab yang berada di Al Khatiri Point, Kubang Kerian.

Tempat yang sesuai untuk seisi keluarga ataupun ahli-ahli perniagaan untuk membuat perbincangan. Dengan pelbagai pilihan menu yang dihidangkan dan memberikan kenangan yang bermakna bagi menyempurnakan hari pelanggan tersayang. Al Khatiri Kofee mempunyai pasukan yang paling berprofesional dan pakar untuk menyempurnakan setiap saat daripada makanan dan parti hingga ke majlis resepsi dan musik. Lihat Menu Di Sini !!!!!

 

3. Al Khatiri Restaurant

Al-Khatiri Restaurant adalah restoran yang menyajikan masakan arab dengan harga yang berpatutan dan terletak di Kubang Kerian berdekatan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), bertentangan dengan Hotel Al-Khatiri dan di belakang Jakel Kubang Kerian.

Bagi pelanggan yang menginap di Hotel Al-Khatiri amatlah mudah untuk anda menikmati sajian masakan arab di restoran ini dengan hanya beberapa langkah. Restoran ini telah beroperasi pada tahun 2016.  Bangunan ini mempunyai 3 tingkat dan dapat menampung sehingga 1100 orang dalam satu masa. Al-Khatiri Restaurant dibuka setiap hari dari jam 12.00 pagi hingga 10.00 malam.

Bagi memudahkan pelanggan, perkhidmatan penghantaran makanan juga ditawarkan secara percuma dalam liputan 5 kilometer sahaja. Pelanggan juga boleh membuat tempahan melalui operator penghantaran tempatan seperti Food Panda dan Grab Food. Anda juga boleh mengadakan event atau meeting di restaurant ini hanya dengan membuat tempahan. Antara kemudahan yang  disediakan oleh Al-Khatiri Restaurant adalah tempat solat untuk pelanggan dan dewan makan yang selesa.

4. Al Khatiri Arabic Oud

Al Khatiri Arabic Oud

Al Khatiri Arabic Oud terletak di Al Khatiri Point Kubang Kerian Bandar Diraja Al-Muhammadi dan satu-satunya kedai yang mengutamakan wangian konsep Arab. Minyak wangi arab juga adalah yang terbaik untuk dipakai setiap hari. Minyak wangi arab yang terbaik dan berkualiti boleh didapati di Al-Khatiri Arabic Oud kerana hanya bahan dan minyak kualiti yang terbaik telah dipilih untuk dijadikan wangian.

Semua wangian di kedai ini diimport khas dan original dari United Arab Emirates. Dengan gabungan wangian yang ada di kedai ini dapat membawa pelanggan perjalanan dari Timur hingga ke Barat, di mana keanggunan dan tradisi digabungkan dengan kreativiti dan kemewahan kontemporari Arabian Oud. Jenama antarabangsa dengan 900 tempat jualan di 35 negara di seluruh dunia. Oud merupakan tarikan utama pelanggan.

5. JD Barber Kubang Kerian

JD Barber Kubang Kerian

JD Barbershop merupakan tempat gunting rambut yang berasaskan konsep Arab dan terletak di Al-Khatiri Point, Kubang Kerian. Lokasi JD Barbershop yang strategik dan terserlah di hadapan pintu utama ke Al-Khatiri Point. Salun ini menawarkan perkhidmatan yang terbaik dari segi “VIP Hair Cut Session”, menyuci rambut dan treatment serta menggunakan alat professional dan barber berpengalaman.

Salun mewah dan persekitaran yang menarik, bersih dan selesa dapat memberi keselesaan kepada pelanggan. Berbeza dengan kedai gunting rambut biasa, salun ini kelihatan mewah dan mempunyai banyak tarikan tersendiri. Dengan tagline “Let’s Be Handsome” JD Barbershop akan menunaikan permintaan anda dengan mengikut gaya atau citarasa anda sendiri

6. Myvite Health

Myvite Health Kubang Kerian

Myvite Health ialah Spa kecantikan tempatan yang berpusat di Al-Khatiri Point, Kubang Kerian. Dengan menggunakan teknologi Eximia HR77 Platinum dapat membantu meningkatkan pengoksigenan, mengurangkan lemak, menghapuskan selulit, menghilangkan kulit berlebihan, tona dan meremajakan kulut dan tisu serta memberikan kelincinan pada kulit anda.

Myvite Health mempunyai ahli terapi yang sangat terlatih dan memenuhi piawaian yang pelanggan harapkan. Dalam masa satu jam rawatan dapat menghilangkan lemak badan, perut anda akan kempis 1-2 inci, kulit kedut anda tegang, anda menjadi muda berseri dan kedutan akan hilang. Rawatan yang diberi juga tidak akan menyakitkan anda, tiada proses pembedahan dan hanya terapi dari luar sahaja serta dijamin tiada kesan sampingan.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments