5 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Di Sekitar Al Khatiri Hotel

Table of Contents

Jika ke Kubang Kerian, Kelantan, salah satu destinasi wajib untuk anda sekeluarga menginap adalah di Al Khatiri Hotel. Di sekeliling kawasan yang mempunyai beberapa tempat menarik untuk anda singgah antara nya kedai makanan, pakaian dan pelbagai daya tarikan yang terdapat di kawasan sekitar yang hanya tidak menfokuskan kepada makanan sahaja. Jom saksikan 3 perkara yang anda boleh lakukan di kawasan ini.

1. Makan Nasi Arab di Al Khatiri Restaurant

al khatiri restaurant

Al Khatiri Restaurant adalah salah satu rangkaian bisnes Al Khatiri di kawasan Kubang Kerian yang bertapak di Bandar Baru Kubang Kerian. Restoran Arab terbesar di pantai timur Malaysia yang dimiliki oleh Yayasan Al khatiri. Rasailah variasi makanan citarasa Arab dari resipi asli timur tengah ini.

Bagi pelancong atau penduduk di sini boleh datang ke Al Khatiri Restaurant untuk cuba merasai pengalaman makan nasi arab disini. Al Khatiri Restaurant beroperasi pada setiap hari dari pukul 12 tengahari sehingga 10 malam. Suasana di Al Khatiri Restaurant tersangatlah tenang dan eksklusif sesuai untuk makan bersama keluarga serta orang tersayang.

2. Pasar Wakaf Che Yeh

tempat menarik sekitar al khatiri hotel 2

Bagi mereka yang sukakan suasana seperti pasar malam, anda boleh membeli belah di Pasar Wakaf Che Yeh. Pasar ini sangat terkenal dan menjadi salah satu tempat pelancong untuk membeli belah selain daripada pasar-pasar lain. Di pasar wakaf che yeh ramai peniaga yang menjual jersi bola.

Maklumlah negeri Kelantan merupakan salah satu gergasi bola sepak negara bertambah pula dengan semangat orang Kelantan yang amat fanatik dengan bola maka jersi bola sepak negeri Kelantan memang ibarat macam pisang panas.

Pasar malam wakaf che yeh juga menjual kain pasang, pakaian wanita, baju kurung, tudung dan pelbagai aksesori wanita lain. Pasar malam wakaf che yeh mempunyai pelbagai pilihan pakaian dan harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan.

3. Pulau Tengah Eco Water Park

tempat menarik sekitar al khatiri hotel 3

Bagi mereka yang ingin membuat aktiviti bersama keluarga, tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar Al Khatiri Hotel ialah Pulau Tengah Eco Water Park yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar Kota Bharu, Kampung Pulau Tengah di Kubang Kerian, Kelantan kembali bernafas dan kini bersedia menerima kehadiran pengunjung untuk menikmati biodiversiti dan keindahan alam semula jadi.

Tawarkan kombinasi ekopelancongan, agropelancongan dan pelancongan desa, Pulau Tengah Eco Water Park menawarkan beberapa aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung menikmati keunikan di Kampung Pulau Tengah. Pulau Tengah Eco Water park menyediakan kolam mandi untuk kanak-kanak, orang dewasa serta kolam privasi bagi mereka yang inginkan privasi. Seterusnya, tempat solat serta tempat persalinan pakaian yang diperbuat daripada buluh, nipah dan simen shera juga disediakan disini. Selain itu, tandas dan tempat berbeku menghadap pemandangan sungai juga disediakan dan tapak perkhemahan, chalet serta restoran juga mudah didapati kerana berada berdekatan dengan Pulau Tengah Eco Water Park.

4. Min House Camp Kubang Kerian, Kelantan

tempat menarik sekitar al khatiri hotel 4

Bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman alam semula jadi yang indah, serta kawasan luar bandar tidak seperti di Al Khatiri Hotel yang berada di tengah bandar baru . Perkara menarik di sini, terutamanya kepada mereka yang gemar menerokai flora dan fauna di luar rumah.

Kawasan kompaun kem ini menempatkan pelbagai kemudahan daripada chalet, dewan serbaguna, ladang lebah, taman kelip-kelip, ladang organik, zoo haiwan peliharaan mini dan juga menganjurkan aktiviti sukan air seperti berkayak, mandi sungai, memancing dan menggali kerang.

Salah satu aktiviti menarik di sini ialah menonton kelip-kelip pada waktu malam. Anda akan dibawa menaiki bot dan berhenti di kawasan di mana anda boleh menyaksikan penampakan kelip-kelip yang cantik yang menerangi tempat itu secara semula jadi. Perjalanan bot untuk menonton kelip-kelip mula beroperasi dari jam 8 malam hingga 11 malam.

Selain itu, pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kebudayaan yang ditawarkan termasuk membuat kraftangan, belajar memasak, permainan tradisional dan menonton persembahan kebudayaan seperti wayang kulit dan dikir barat (tarian tradisional Kelantan).

Kawasan ini juga mesra OKU, sesuai untuk keperluan khas & OKU. Kebanyakan kemudahan di Min House Camp boleh diakses dengan kerusi roda. Min House Camp telah menarik ramai pelancong tempatan & antarabangsa yang menggemari pengalaman atipikal di luar bandar untuk percutian mereka. Min House Camp juga menerima ramai sukarelawan dari Walkaway. Terletak di tengah-tengah kehijauan tropika yang subur, Min House Camp menawarkan penginapan yang damai dan selesa dengan Wifi percuma

5. KB Patin Haus Kubang Kerian

KB Patin Haus

Untuk merasai pengalaman makan tengahari yang menarik di Kelantan, anda boleh ke restoran KB Patin Haus. Ini kerana restoran tersebut merupakan restoran makanan melayu dan restoran Ikan Patin Tempoyak no.1 di Kelantan. Antara menu utama mereka adalah “IKAN PATIN TEMPOYAK” di datangkan khas dari Temerloh.

Restoran ini berkonsepkan layan diri dan suasana kedai sangat bersih dari sebarang gangguan lalat.Tempat parking juga luas dan menunya juga tersangatlah menarik seperti etok masak lemak, kerabu manga, gulai siput kuning dan banyak lagi. Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman makan tengahari boleh datang ke restoran KB Patin Haus di Kubang Kerian ini.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments