Perkara Menarik Yang Boleh Dilakukan di Kota Bharu, Kelantan
Dah pernah sampai di Bandar Kubang Kerian, Kota Bharu ? pasti ramai yang tak nak lepaskan peluang untuk mengenali dan meneroka kepelbagaian yang terdapat di dalam negeri ini. Begitu special apabila dapat menyaksikan asimilasi kaum diantara berbilang bangsa dan budaya.
Contohnya, apabila kita dapat lihat bangsa selain Melayu, iaitu Orang Cina mahupun India yang bertutur menggunakan dialek Kelantan dengan fasih dan petah. Bukan hanya kerana penduduknya yang ramah, tapi juga kerana suasana yang sentiasa harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
-
Seni Warisan dan Adat Budaya
Bercakap tentang kebudayaan, Kelantan menduduki carta teratas berbanding negeri yang lain, kenyataan ini tidak dapat di sangkal lagi oleh kerana, ketaksuban masyarakatnya menjunjung seni warisan dan adat budaya.
Hal ini dapat di lihat dengan jelas apabila seseorang berkunjung ke negeri Kelantan. Sebagai contoh, muzik tradisionalnya iaitu dikir barat begitu diminati oleh masyarakat di negeri ini. Seperti contoh, antara permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam yang telah wujud di Tanah Melayu. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu.
Kelantan juga mempunyai budaya yang unik dan sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani kerana berada di sempadan Negara Thailand. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan pelbagai biodiversiti dari segi kebudayaan dan adat masyarakat negeri Kelantan.
-
Kepelbagaian Makanan
Kota Bharu, Kelantan dikenali dengan syurga makanan yang membawa tradisi dan imej tersendiri dalam cara dan penyediaan sesuatu menu makanan. Ini boleh dibuktikan apabila sehingga kini masih wujud pelbagai makanan tradisional yang dikekal dan dipertahankan sehingga ke saat ini.
Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu. Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri kelantan. Sekarang setiap masyarakat makin mengenali budu dan semakin mengetahui setiap satu khasiat budu.
Di samping itu nasi kerabu juga antara menu utama yang popular di negeri Kelantan , hanya masyarakat Kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan di negeri Kelantan.
3 Tempat Sarapan Terbaik Yang Menjadi Pilihan Umum di Kota Bharu
1. Kopitiam Kita
Kopitiam Kita, Sinonim dengan pengunaan perkataan ‘Kita’ yang terdapat pada nama restoran ini, Dimiliki oleh Mr N.H.Wong yang menerapkan konsep kekitaan dalam kalangan rakyat dan masyarakat Malaysia yang dapat dipupuk melalui kunjungan pelanggan tanpa mengira bangsa untuk menikmati bersama juadah sarapan pagi di restoran ini bagaikan sebuah keluarga Malaysia yang besar.
Antara menu yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Roti Tibab iaitu idea cetusan pemilik restoran sendiri. Selain itu, restoran yang berkonsepkan layan diri ini turut menghidangkan nasi lemak, nasi air dingin, nasi tumpang dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Kelantan yang dibuat terus daripada pembekal tempatan.
2. Nasi Kerabu Panji
Kelantan dan nasi kerabu memang tidak dapat dipisahkan dan tidak asing lagi bagi penduduk dalam negeri dan luar negeri . Nasi kerabu sememangnya mudah didapati di mana-mana sahaja di sekitar bandar Kota Bharu. Namun, keistimewaan yang dibawa oleh restoran Nasi Kerabu Panji ini adalah keaslian rasa sambal cili serta lauk-pauk yang dihidangkan terutamanya daging salai, ayam bakar dan solok lada .
Rata-rata pelanggan yang pernah mengunjungi memberi feedback yang amat berpuas hati dengan hidangan yang disajikan dan pasti akan mengunjunginya kembali sekiranya teringin menikmati nasi kerabu. Tambahan pula, dengan harga yang amat berpatutan dengan hidangan lengkap nasi kerabu bersama ayam bakar boleh didapati pada harga serendah RM3.00 sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang untung merasai hidangan Nasi Kerabu Panji di Kota Bharu.
3. Nasi Kak Wok
Ada plan nak datang bercuti di Kelantan ? Tidak lengkap sekiranya tidak mencuba nasi Kak Wok asli di Kelantan. Diasaskan oleh Arwah Kak Wok atau nama sebenarnya Mek Wok Bt Hassan dan telah digenerasi kan sehingga kini dan mampu membuka banyak cawangan, di sekitar Kelantan dan seluruh Malaysia yang menggunakan nama Kak Wok itu sendiri bagi mempromosikan jualan mereka.
Kedai Nasi Kak Wok ialah di antara kedai turun temurun telah lama bertapak dan popular di Kota Bharu. Hidangan menu yang mudah dan senang sahaja iaitu nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai dan ditambah dengan sambal belacan. Walaupun terlihat biasa tetapi yang menjadi pilihan pelanggan adalah pada rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil dan rasa gulai yang pekat pasti membangkitkan selera pelanggan.
Bertempat di Jalan Masjid Lundang, Kota Bharu, jemput rasailah resepi turun temurun ini yang pasti sedap dan menyelerakan untuk juadah tengah hari anda. Dengan harga yang berpatutan sudah pasti mampu memberikan kepuasan yang terbaik kepada pelanggannya.
Meneroka Kelantan Tempat Yang Menarik di Asia Tenggara
Jika masih buntu untuk memilih tempat yang akan dikunjungi pada musim cuti sekolah nanti, apa kata kalau ke Kelantan? Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan dan dibuat di negeri cik siti wan kembang ini .
Negeri yang berada di pantai timur ini terdapat banyak tarikan. Seperti tempat untuk membeli-belah dengan adanya pasaraya yang terkenal dan sentiasa meriah kapan tahun. Selain itu, ada juga tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran selepas penat bertugas. Seperti di pantai dan hutan yang terjaga rapi dan bersih.
Selain Itu, Pusat-pusat kesenian dan kebudayaan yang mana boleh dikunjungi oleh seisi keluarga bagi mempelajari dan menyelami sendiri budaya tradisional masyarakat Kelantan dan tempat-tempat bersejarah disekitarnya.
[…] ingin mencari ketenangan setelah penat berkerja. Untuk merasai dan memahami sendiri keunikkan budaya masyarakat Kelantan yang berbilang kaum di bawah satu bumbung yang harmoni dan sejahtera. Jom ke Kelantan […]